Assalamualaikum w.b.t




Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.




           
With Love,
Rahsia Wanita 

Assalamualaikum w.b.t


"Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dari isteri-isteri kami dan anak pinak kami, penyejuk mata kami, dan jadikanlah kami penghulu bagi orang-orang bertaqwa."
Ya. Penyejuk mata. Suatu perkara yang tidak pernah kita lupa untuk pohon setiap kali kita menadah tangan berdoa. Kenapa Allah Ta'ala suruh kita minta penyejuk mata? Sebabnya, itulah yang bakal menjamin ketenangan dan kebahagiaan kita dalam kehidupan nanti.
Bagaimana kalau nantinya ada isteri, tetapi seringkali menyakitkan hati kita, raut wajahnya langsung tidak mendamaikan kita, tingkah lakunya ada sahaja yang tidak kena di mata kita. Adakah kita akan bahagia?
Bagaimana pula kalau nantinya ada anak. Comel-comel belaka, tetapi wujudnya mereka begitu menyusahkan kita, sikap mereka kerapkali melukakan hati kita, kedegilan mereka selalu sahaja membuatkan kita hilang sabar dan sakit hati sentiasa. Adakah kita beroleh ketenangan?
Tentu sekali tidak.
Lantas, kita dianjurkan supaya berdoa. Minta supaya Allah beri pasangan yang mendamaikan hati dan perasaan kita, serta zuriat yang boleh menjadi penyejuk mata kita. Mudah-mudahan, Allah makbulkan doa dan permintaan kita.
Suatu lontaran untuk para wanita hari ini, khususnya yang belum berumahtangga.
Sedarkah anda, bahawa bakal teman hidup anda setiap hari berdoa supaya anda menjadi penyejuk mata mereka? Sedarkah anda, bahawa mereka tidak pernah melupakan anda dalam setiap doa mereka?
Tidak. Saya tidak maksudkan anda mengenali mereka atau mereka mengenali anda.
Tetapi hakikatnya, mereka mendoakan anda yang bakal hadir dalam hidup mereka suatu ketika nanti. Sayangnya, anda mungkin terlupa lantaran anda tidak kenal siapa mereka. Kerana itu juga, anda kurang mengambil berat tentang persediaan anda untuk menjadi penyejuk mata mereka.
Penyejuk mata?
Sungguh, ia bukan tugas yang mudah. Kalau anda fikir ia akan berhasil dengan anda berhias diri, memakai wangian dan berbaju cantik di hadapan mereka setiap hari, sesungguhnya anda silap sama sekali. Anda harus sedar, ramai sekali golongan cantik dan menawan di luar sana yang gagal untuk menjadi penyejuk mata kepada suami mereka. Bahkan sebahagian besar dari mereka berakhir dengan perceraian. Semoga dijauhkan Allah.
Menjadi penyejuk mata suami, prosesnya bermula hari ini.
Tilik kembali diri anda. Zahiriah dan batiniah. Kedua-duanya.
Pertama sekali, bagaimana hubungan anda dengan Allah? Solat wajib dan sunat. Bacaan al-Quran. Zikir munajat. Selawat serta amalan-amalan yang lain. Berapa peratus yang telah anda capai dan lakukan secara istiqamah? Tahukah anda, faktor paling besar yang menentukan samada anda berjaya atau tidak menjadi penyejuk mata suami adalah; cemerlang atau tidak hubungan anda dengan Allah? Justeru, perbaiki dari sekarang.
Kedua, sikap dan perangai. Carilah seorang kawan yang jujur dan yang anda kira agak rapat serta kenal dengan anda. Sekiranya anda yakin akan kejujurannya, minta pandangannya tentang diri anda, terutama tentang sikap dan perangai. Jika anda dapati diri anda masih dibelenggu sikap meninggi diri, degil, ego yang tinggi, kurang rasa hormat pada orang, suka mengumpat, pemalas dan seribu satu sikap negatif yang lain, maka perkara pertama yang wajib anda buat adalah ; kikis sedaya upaya semua sikap tersebut dari terus melekat dalam diri anda. Percayalah, ia antara faktor yang bakal menggagalkan anda dari menjadi penyejuk mata suami.
Ketiga, lihat balik luaran diri anda. Khususnya pemakaian. Sempurnakah anda dalam menutup aurat? Jika masih selesa bertudung ringkas, berbaju t-shirt lengan sekerat dan berseluar jeans separa ketat, maka percayalah anda bakal bertemu kegagalan. Itupun sekiranya anda mempunyai hasrat untuk bergelar penyejuk mata suami.
Tidak, ini bukan soal suami anda islamik atau tidak, mengambil berat semua perkara itu atau tidak. Ia adalah soal Si Pemberi Ketenangan, iaitu Allah. Kalau Dia tak bagi, siapa lagi yang boleh bagi?
Mudahnya begini. Doa itu kan permintaan kita dengan Allah. Contohnya, kita minta supaya Allah terangkan hati kita supaya mudah belajar. Tetapi kita tidak berhenti dari tabiat suka minum arak. Mana mungkin Allah akan berikan ketenangan itu pada hati kita yang gelap?
Sama juga. Suami minta pada Allah, berikan dia penyejuk mata supaya dia beroleh tenang dalam hidup. Tetapi kita pula melazimi maksiat dan penderhakaan kepada Allah. Aurat kita terdedah setiap hari. Akhlak kita langsung tiada ciri isteri mithali. Hubungan kita dengan Allah lompong di sana sini. Lantas, adakah kita layak untuk menduduki tempat 'penyejuk mata' tersebut? Bagaimana pula kita yang jauh dari Tuhan, boleh menjadi penyejuk mata manusia?
Sekadar lontaran buat kaum hawa. Ramai di antara anda mahu menjadi isteri solehah suatu ketika nanti. Tetapi usaha ke arah itu masih lemah. Perbaikilah dari sekarang. Bisikkan ke dalam hati anda setiap hari, bahawa anda bakal menjadi penyejuk mata kepada seorang lelaki yang baik suatu ketika nanti. Lelaki itu pula setiap masa mendoakan anda supaya berjaya menjadi penyejuk mata mereka suatu masa nanti. Besar harapan mereka, sanggupkah anda hancurkan begitu sahaja?
Jadi mulai hari ini, berusahalah untuk menjadi penyejuk mata suami. Sebenarnya, andai anda mampu melaksanakan langkah pertama yang saya sebut di atas ; iaitu memperbaiki hubungan anda dengan Allah, maka anda sebenarnya telah berjaya melepasi separuh masa pertama piala kemenangan untuk bergelar isteri solehah – penyejuk mata suami.
Justeru, selamat berjaya, wahai para penyejuk mata!




Sumber : Iluvislam
           With Love,
Rahsia Wanita 

Assalamualaikum w.b.t


Wanita-wanita yg terkenal didunia,kebanyakannya ialah wanita yg cerdik.Cleopatra misalnya,disamping seorang wanita cantik wajah,ia juga cerdik akal.Kerana kalau tidak kerana kecerdikannya,ia tidak akan dapat menundukkan Julius Caesar.Marie Antoniette pula bukanlah merupakan wanita tercantik masa itu,tetapi kerana kecerdikannya ia dapat mempengaruhi Louis XVI sehingga tampil lah ia sebagai wanita yang paling banyak menghabiskan wang negara untuk kepentingan peribadi.

Begitu juga dengan tokoh-tokoh wanita solehah yg menjadi ikutan sepanjang zaman,semuanya cerdik2.Contohnya,seperti Siti Aisyah,ia lebih disayangi oleh Rasulullah S.A.W bukan kerana kecantikannya.Kerana ada riwayat menyatakan bahawa dalam hal kecantikan,ada isteri Rasulullah S.A.W yg lain yg lebih cantik daripada Siti Aisyah,iaitu Maria Qibtiyyah.Tetapi kemasyhuran Sayidatina Aisyah lebih menonjol daripada Maria,kerana faktor kecerdikannya.

Siti Fatimah binti Rasulullah,walaupun cantik tetapi bukan kecantikannya yg disebut2 oleh orang.Tetapi ia mahsyur kerana kecerdikannya dalam mengendalikan rumahtangganya,sehingga menjadi harmoni dan sumber hiburan kepada suaminya,saidina Ali.Sehingga sewaktu beliau masih hidup,Saidina Ali tidak berhasrat untuk berkahwin lagi (poligami).Kerana kehebatannya melayan Saidina Ali,tetapi setelah kematianya,barulah Saidina Ali berkahwin lebih daripada satu.Namun,walaupun memiliki isteri lebih daripada seorang,tetapi tidak dapat menandingi kehebatan layanan Siti Fatimah.

Wanita-wanita yg disebut atas adalah segolongan wanita cerdik yg bukan sahaja terkenal dibumi(dikalangan manusia) tetapi juga terkenal dilangit(disisi Allah dan para malaikat).Itulah wanita yg patut menjadi "idola" wanita kini,akan datang dan sepanjang zaman.Sebut sahaja nama-nama Siti Hajar,Siti Khadijah,Siti Aisyah,dan Siti Fatimah maka muncullah imej wanita yg lembut,penyabar,bijaksana,taat,pintar dan lain-lain sifat mulia yg dimiliki mereka.

Kemudian sebut pula nama-nama Cleopatra,Marie Antoinette dan Margareth Tatcher dan lain-lain,maka akan terbayang bentuk-bentuk wanita yg agresif dan keras kepala,sehingga timbul gelaran-gelaran seperti wanita penggoda,wanita pemboros,dan wanita besi(the iron lady).

Apakah yg membezakan dua golongan wanita tersebut?satu golongan hanya memiliki satu kecerdikan sahaja,iaitu kecerdikan akal.Sedangkan golongan wanita solehah memiliki dua kecerdikan sekaligus,iaitu cerdik akal dan cerdik hati.Orang yg hanya memiliki cerdik akal mempunyai sifat2 seperti mudah faham,I.Q tinggi,banyak ilmu,banyak idea,mampu menterjemah dan mengembangkan idea orang lain.Tapi akhlaknya buruk,hatinya sombong dan penuh dengan mazmumah.

Sementara org yg memiliki cerdik hati dapat dikenal dengan rohnya yg bersih,hati yg tawadhuk,dan pelbagai sifat kehambaan lainnya.Nampak pada lahiriahnya akhlak mulia,sama ada akhlak kepada allah mahupun akhlak kepada manusia,khususnya kepada suaminya.Hiasan dirinya adalah sabar,qana'ah,sensitif dengan allah,mudah bertolak ansur,berkasih sayang,cekap,amanah,tangkas,cermat,kemas dan sifat2 baik ada padanya.



           With Love,
Rahsia Wanita 

10:11 PM

Assalamualaikum w.b.t


WANITA ............................
Walaupun wanita lebih disegi nafsu dan lemah akal,namun Islam telah membuka rahsia tentang cara menundukkan nafsu(emosi) mereka. Diantara cara untuk menundukan nafsu wanita ialah:

1)Dengan ilmu.hanya dengan ilmu sahaja wanita boleh tunduk dan diredakan emosi dan nafsunya.Kerana,dengan bertambah ilmu akan meningkatlah iman dan takwanya sehingga bertukar nafsunya kepada nafsu yang tinggi martabatnya disis Allah,iaitu sekurang-kurangnya nafsu mutmainnah(nafsu yg tenang).

oleh itu bagi para wanita yg ingin memperbaiki dirinya atau para pemimpin yg ingin melihat kaum menjadi golongan yg baik dan mudah dipimpin,hendaklah diberi ilmu pengetahuan kpd kaum wanita,terutama ilmu pengetahuan yg berhubungkait dengan persoalan iman dan taqwa serta persoalan Islam dan ehsan.Tanamkan didalam hati mereka,rasa keTuhanan(jiwa tauhid),cinta syurga dan takut kepada neraka.

Bila wanita memiliki ilmu,bererti ia memilik panduan dan pedoman hidup.Dengan itu mudah bagi mereka untuk menilai buruk baik sesuatu perkara itu.Di samping itu ia mudah pula mengetahui kedudukan dan peranan dirinya.

2)Melahirkan banyak anak.setiap wanita yg melahirkan seorang anak,emosinya akan menurun satu tingkat.Kalau banyak kali ia melahirkan,maka makin rendah menurun graf emosinya.Oleh sebab itu,menurut pandangan Islam diantara sifat wanita yg dianggap terbaik ialah yg mempunyai ramai anak.Kerana dengan ramai anak,nafsu dan emosinya terdidik dan dapat diredakan.

sabda Nabi S.A.W maksudnya,:"Kahwinlah wanita yg bersifat pengasih dan keturunan subur(boleh melahirkan ramai anak).." (Riwayat Ahmad)

sabda Nabi S.A.W lagi,maksudnya,:"Sebaik-baik wanita ialah yg subur atau ramai anak,walaupun berkulit hitam.Ia lebih baik daripada yg cantik tetapi mandul." (Riwayat At Tabrani).

rupa-rupanya pujian Nabi S.A.W terhadap wanita yg ramai anak mempunyai hikmah yg tersirat disebaliknya.Bagi orang yg mengambil perhatian dan memandangnya dengan iman dan taqwa serta dengan mata hati tentu dapat memahami rahsia yg tersirat itu.Maka beruntunglah lelaki yg berkahwin dengan wanita yg subur rahimnya,kerana mudah ditundukan nafsunya.

3)Dipimpin dan dididik oleh lelaki berwibawa.Seorang wanita mengkagumi seorang lelaki itu bukan kerana kegagahan dan kekuatan fizikalnya.Tetapi kerana kekuatan dan kepintaran akalnya.Tanda lelaki pintar akalnya ialah yg petah bercakap dan mengandungi banyak ilmu serta hikmah dalam setiap percakapannya.

sabda Nabi S.A.W maksudnya,:"Kecantikan pada seseorang lelaki itu ialah pada lisannya." (riwayat Al Hakim)
seorang suami yg lemah akal akan mudah ditundukan oleh isteri dan ia menjadi hamba kepada isterinya.Seorang isteri susah utk menghormati suaminya yg lemah akal,kecuali isteri yg beriman.Oleh sebab itu salah satu jalan utk menundukkan nafsu dan emosi wanita,maka hendaklah ia dipimpin dan dididik oleh lelaki yg pintar,sama ada ia selaku guru,atau bapa atau saudaranya(abang) atau suaminya atau oleh pemimpinnya dalam sebuah masyarakat.
           
With Love,
Rahsia Wanita 

Assalamualaikum w.b.t

SUPP cadang isteri ditinggalkan turut diberi bantuan

2012/01/08

MIRI: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) mencadangkan golongan isteri yang 
ditinggalkan suami turut diberi bantuan kewangan. 

Kini Jabatan Kebajikan Masyarakat hanya memberi bantuan kepada wanita yang 
kematian suami atau bercerai.
"Saya mahu membawa perkara ini kepada Jabatan Kebajikan," kata Presidennya, 
Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
 kepada pemberita di sini hari ini selepas menyampaikan bantuan pendidikan 
berjumlah RM33,600 kepada pelajar.
Beliau berkata, seorang ibu tunggal datang untuk mengadu kepadanya bagi 
melahirkan kekecewaan kerana permohonannya untuk mendapatkan bantuan
 Jabatan Kebajikan Masyarakat ditolak serta-merta. 

"Kita bimbang jika kategori ibu tunggal yang sebegini terutama yang mempunyai 
anak tidak diberi perhatian, ia boleh mendatangkan masalah sosial di kemudian 
hari," katanya. - BERNAMA 

          With Love,
Rahsia Wanita 

Assalamualaikum w.b.t





Ayat tersirat perempuan yang korang kene paham..... 


Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu? 
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu? 

Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum? Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni! 

Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek. Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I. 

Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la. Makna tersembunyi: Tolong picit kepala. 

Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi... Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja. Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla... Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la... Rasa macam nak jadi awek you je.

Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu? Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you. Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil. Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu. 



           With Love,
Rahsia Wanita 

Assalamualaikum w.b.t


Saiz mata kecil
Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan. Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.


Saiz mata sedang 
Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.

Saiz mata lebar 
Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa. Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.

Mata selalu berkedip 
Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik

Mata jarang berkedip 
Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjaw ab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.

Mata cengkung 
Kurang memuaskan, materialistik, hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.

Mata redup 
Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.

Matanya seolah tersembul keluar 
Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan, ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.


          
 With Love,
Rahsia Wanita 

Assalamualaikum w.b.t

1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. 

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. 

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.



8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai seorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda apa pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan beradah di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.



           With Love,
Rahsia Wanita 

Assalamualaikum w.b.t




Masalah Ragut & keselamatan wanita semakin meruncing dari hari ke hari, para wanita perlu tau keselamatan yang mereka titik beratkan dalam kehidupan seharian. RAHSIA WANITA akan kongsikan tips2 keselamatan wanita yang insyallah boleh di jadikan panduan kepada semua... 


SEMASA BERJALAN



1. Berjalanlah di kawasan yang mempunyai cukup kadar cahaya dan elakkan jalan-jalan atau kaki lima yang gelap atau samar-samar.


2. Berjalan dalam langkah yang yakin. Jangan menggunakan telefon bimbit atau tercari-cari beg duit ketika itu kerana ia akan menghilangkan tumpuan anda pada apa yang berlaku di sekeliling.


3. Tangan anda mesti sentiasa bebas daripada memegang sesuatu yang akan menyukarkan anda daripada melawan apabila diserang. Elakkan memakai beg tangan bertali panjang yang boleh terhayun ke sana ke mari.


4. Berjalanlah bertentangan daripada arah trafik supaya anda tidak diserang dari belakang.


SEMASA MEMANDU


1. Jangan letakkan beg tangan atau briefcase di tempat duduk penumpang tetapi sebaliknya letakkan di lantai kereta. Pastikan kesemua pintu kereta dikunci.


2. Sekiranya anda rasa sedang diekori pandulah terus ke balai polis berdekatan dan jika mempunyai telefon bimbit buatlah panggilan ke balai polis untuk memberikan keterangan.

SEMASA MENAIKI KENDERAAN AWAM



1. Sentiasa ingat nama pemandu dan nombor teksi yang anda naiki. Jika anda mempunyai telefon bimbit SMS kan nama dan nombor itu kepada salah seorang kawan anda.


2. Pastikan kenderaan awam itu tidak dikunci.


3. Jika di dalam bas seboleh-bolehnya duduklah berhampiran dengan pintu untuk turun.

SEMASA DALAM BANGUNAN ATAU TEMPAT LETAK KERETA



1. Letak kereta di tempat yang ada kemasukan cahaya serta sehampir pintu masuk dan keluar atau lif.


2. Jika anda ternampak sesiapa yang mencurigakan berulang alik berhampiran kereta anda, menimbulkan syak atau ada seseorang yang duduk bersendirian di dalam kereta berdekatan kereta anda, segera minta pengawal bertugas di situ menemankan anda ke kereta.


3. Sebelum pergi ke kereta pastikan kuncinya telah anda pegang di tangan. Ia boleh dijadikan senjata sekiranya anda tiba-tiba diserang.


4. Periksa kereta anda sesegera mungkin sebelum memasukinya bagi memastikan tidak ada sesiapa berada berhampiran. Sebaik berada di dalam kereta kunci terus pintu dan pandu keluar segera. Berlengah-lengah di tempat letak kereta akan menjadikan anda sasaran penyerang.


SEKIRANYA DISERANG
1. Menjeritlah sekuat-kuat hati. Jeritan seperti "Api... api..." akan menarik perhatian orang segera kepada anda.


2. Peralatan kecemasan peribadi yang anda ada juga berkesan untuk mengejutkan perhatian sekeliling serta orang yang cuba menyerang.


3. Sekiranya penyerang itu meminta barangan milik anda seperti telefon bimbit, wang, barang kemas; serahkan sahaja. Yang penting, jika anda boleh lari buang sahaja barang berharga itu ke satu arah dan larilah ke arah yang bertentangan dengannya.


4. Jika anda dicampak ke dalam kereta tendang cermin bahagian sisi belakang dan lambaikan tangan anda ke luar dari lubang itu.


SEKIRANYA ANDA TINGGAL DI KONDOMINIUM DAN MENGGUNAKAN TEMPAT LETAK KERETA


1. Buat laporan mengenai orang-orang yang disyaki dan sebagainya kepada pengawal yang bertugas. Kemudian buat ulangan pertanyaan untuk mengetahui apa tindakan yang telah diambil.


2. Awas dengan keadaan sekeliling serta tempat di mana anda selalu meletak kereta.


3. Elakkan situasi yang merbahaya.


4. Jangan sekali-kali membenarkan orang yang tidak dikenali memasuki kondominium anda.


5. Minta bukti pengenalan diri untuk orang asing yang datang tiba-tiba dan mengakui dia pengawal kondominium, pekerja pencuci di situ dan sebagainya.


6. Akhir sekali anda perlu sentiasa tahu di mana tempat untuk melaporkan sebarang kejadian yang berlaku di sekitar premis anda



           With Love,
Rahsia Wanita 

Assalamualaikum w.b.t


1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.


5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

   With Love,
Rahsia Wanita 

Assalamualaikum w.b.t







WANITA TANAH 

Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus (21 April-20Mei), Virgo (24Ogos-23 September) dan Capricon (22 Disember-20 Januari) 


Seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa




WANITA API 
Wanita api dilahirkan di bawah zodiak Aries (21 Mac-20 April), Leo (24 Julai-23 Ogos) dan sagittarius (23 November-21 Disember).  

Dilahirkan sebagai pemimpin Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya. Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris. Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan. Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.

WANITA ANGIN 

Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini (22 Mei-21 Jun), Libra (24 September-23 Oktober) dan Aquarius (21 Januari-19 Februari).

Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan. Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai. Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh. Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik. Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi. Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka. Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja

WANITA AIR 
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer (22 Jun-23 Julai), Scorpio (24 Oktober-22 November) dan Pisces (20 Februari-20 Mac).

Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju .Mereka ini dipandu oleh perasaan hati .Mempunyai sifat mudah bersimpati. Berdaya imaginatif sentimental Mempunyai perasaan yang berubah-ubah,berhati-hati ,tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri






          With Love,
Rahsia Wanita 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • BADGE RW

    BADGE RW

    JOIN Rahsia Wanita di FB

    Blog Archive

    IKLAN WANITA


    Traffic Rahsia Wanita